Iklan Palembang Kota
Presiden Astaf, Abdul Halim Kader (kanan) bersama Mohd Nasri. Foto : ist
Presiden Astaf, Abdul Halim Kader (kanan) bersama Mohd Nasri. Foto : ist

Astaf Akan Ambil Tindakan Terhadap Presiden Sepak Takraw Singapura

viralsumsel.com, KUALA LUMPUR – Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf) mengesahkan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Mohd Nasri Haron yang didapati mengadakan komplot dengan bekas Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail.

Nasri dikatakan memburuk-burukkan reputasi Astaf menjelang Kongres Pemilihan Majlis Astaf 2021-2025 pada 1 Maret tahun lalu.

Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu diputuskan selepas Jawatankuasa Tatatertib Astaf bersidang di Bangkok.

“Nasri didapati melakukan perkara itu atas jawatan sebagai Naib Presiden Astaf (2016 hingga 1 Mac 2021) dan satu notis disampaikan Astaf menerusi sepucuk surat bertarikh 26 Mac 2022.

“Beliau menyalahi undang-undang kecil Astaf berhubung tatatertib Perlembagaan Astaf dan/atau Perbuatan Salah Laku,” katanya.

Baca Juga :   Eks Bomber Sriwijaya FC Perkuat PS Palembang Liga 3

Di bawah prosedur tatatertib ini, Nasri mempunyai 14 hari dari tarikh penerimaan notis berkenaan untuk menjawab secara bertulis.

Tindakan sama sebelum ini sudah diambil kepada Ahmad pada 5 Mei lalu dan beliau dikenakan penggantungan selama 15 tahun oleh Astaf dan didenda AS$25,000 (RM102,937) susulan tindakannya di atas kapasiti sebagai timbalan presiden Astaf.

Beliau menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Februari lalu yang dilihat melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Astaf seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

PSM turut diheret di atas tindakan Ahmad itu apabila badan induk berkenaan dikenakan hukuman penyingkiran daripada Astar berkuatkuasa serta-merta pada 20 Mei lalu.

Baca Juga :   Semifinal Ideal Piala FA, Man City vs Arsenal dan Chelsea vs MU

Boonchai mendakwa, mereka berdua didapati melakukannya pada 16, 17 dan 23 Februari 2021 menerusi e-mel dan surat Dr Hussain A.R. Al- Mussallam (Ketua Pengarah OCA), Kit McConnel (Pengarah Jabatan Sukan IOC) Haider A H E Farman (Pengarah Sukan OCA) dengan kata-kata yang kesat dan memfitnah Kepemimpinan dan Majlis Eksekutif Astaf. (ril)

About Redaksi Viral Sumsel

Check Also

Ikhwan Ciptady bek tengah Sriwijaya FC. Foto : SFC for viralsumsel.com

Satu Lagi Defender Tinggalkan Sriwijaya FC

viralsumsel.com, PALEMBANG – Satu persatu pemain Sriwijaya FC musim lalu angkat kaki. Setelah sebelumnya Obet …

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *